Selangor rancang Liga Muaythai ASEAN 2027

Foto RTM

SHAH ALAM, 23 Oktober – Persatuan Muaythai Negeri Selangor (PMNS) menyasarkan penganjuran Selangor ASEAN Muaythai League pada Jun 2027, susulan kejayaan penganjuran Selangor Muaythai League (SML) musim ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • PMNS yakin hasrat mampu direalisasikan berdasarkan pengalaman dan kerjasama erat dengan Persatuan Muaythai Malaysia.
  • Perancangan bertujuan memberi pendedahan antarabangsa kepada atlet tempatan, menyasarkan penyertaan Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Brunei dan Singapura.
  • Kejohanan Pro-Am The Finale pada 31 Oktober dan 1 November dijangka menerima kira-kira 400 penyertaan amatur, tujuh pertarungan profesional, hadiah RM35,000.

Presidennya, Muhammad Amir Luqman Rohaidi berkata, pihaknya yakin hasrat itu mampu direalisasikan berdasarkan pengalaman yang diperoleh serta kerjasama erat dengan Persatuan Muaythai Malaysia (PMM).

“Perancangan ini bertujuan memberikan pendedahan di peringkat antarabangsa kepada atlet tempatan, dengan menyasarkan penyertaan dari Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Brunei dan Singapura,” katanya dalam sidang media sempena Liga Muaythai Selangor (SML) Vol 5 The Finale 2026.

Beliau turut mengalu-alukan sokongan pelbagai pihak, termasuk Kerajaan Negeri Selangor dan rakan strategik, bagi merealisasikan perancangan itu, khususnya dari segi penyediaan fasiliti pertandingan.

Sementara itu, mengulas mengenai Kejohanan Muay Thai Pro-Am Negeri Selangor (The Finale) yang dijadual berlangsung pada 31 Oktober dan 1 November ini, Muhammad Amir Luqman berkata, kira-kira 400 penyertaan amatur dijangka mengambil bahagian bagi merebut tiga tali pinggang kejuaraan dan dua trofi.

Kejohanan yang mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) itu turut menampilkan tujuh pertarungan profesional, termasuk membabitkan petarung dari Afghanistan, Colombia dan Yaman.

Dua tali pinggang kejuaraan profesional turut menjadi rebutan, manakala hadiah keseluruhan berjumlah RM35,000 ditawarkan kepada para peserta.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.