Terima rasuah: Pegawai kanan agensi kerajaan, pengarah syarikat direman

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 13 Oktober – Dua individu direman tujuh hari sehingga 19 Oktober 2026 bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM15,000.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek terdiri daripada pegawai kanan agensi kerajaan dan pengarah syarikat, berumur lingkungan 50-an dan 60-an.
  • Kedua-dua suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.
  • Siasatan awal mendapati mereka disyaki bersubahat antara 2021 hingga 2023; kes di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Individu berkenaan terdiri daripada seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan dan seorang pengarah syarikat yang berusia lingkungan 50-an dan 60-an.

Suspek ditahan kira-kira 2.00 petang semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Aliaa Anwar selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, pagi tadi.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut antara tahun 2021 hingga 2023.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Mohammad Zakkuan Talib ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.