
PUTRAJAYA, 13 Jun – Kajian baharu akan dibuat tahun ini untuk menyemak semula keperluan sebenar negara bagi pelbagai kategori sumber manusia melibatkan sektor kesihatan.
Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa berkata kajian itu selaras keputusan Perdana Menteri yang mahu tajaan biasiswa JPA diteruskan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi.
“Kajian mengambil kira impak polisi baharu yang diperkenalkan selepas tahun 2016 serta keperluan kesihatan rakyat.
“Pelaksanaannya membolehkan taburan dan keperluan anggota kesihatan di seluruh negara dapat dipetakan dan diunjur dengan jelas,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, ia juga akan menjadi bukti asas bagi perancangan strategi Kertas Putih Kesihatan sekali gus memastikan penduduk mendapat akses kepada perkhidmatan kesihatan lebih baik.
Perbincangan dengan JPA akan diteruskan bagi memastikan dasar dan perancangan kesihatan yang dirangka dapat memenuhi keperluan rakyat dan kualiti perkhidmatan kesihatan tidak terjejas akibat beban tugas berlebihan dan kekurangan tenaga kerja.
(Dr. Zaliha Mustafa berkata kajian itu selaras keputusan Perdana Menteri yang mahu tajaan
biasiswa JPA diteruskan dalam bidang perubatan, pergigian dan farmasi)