
KUALA LUMPUR, 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan harapan yang tinggi agar Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terus membugar semangat juang masyarakat pelbagai lapisan sekali gus memartabatkan bahasa, sastera dan budaya bangsa bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-70 agensi itu.
RINGKASAN BERITA AI
- Hantaran Facebook memaklumkan peranan DBP selari dengan semangat penubuhan agensi.
- Semangat penubuhan dibina melalui keringat, keberanian dan kesetiaan pejuang terdahulu.
- Peranan DBP bertujuan membenteng jati diri nusa dan bangsa negara.
- Harapan agar restu pahlawan terus bersemayam dalam sanubari seluruh warga institusi DBP.
Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan peranan itu seiring dengan semangat penubuhan DBP yang dibina melalui keringat, keberanian dan kesetiaan pejuang terdahulu bagi membenteng jati diri nusa bangsa negara ini.
“Perjuangan DBP menginjak usia tujuh dekad. Semoga
restu pahlawan terus bersemayam dalam sanubari seluruh sahabat dan warga institusi keramat DBP. Selamat ulang tahun ke-70 DBP,” menurut hantaran itu.