
MELAKA TENGAH, 9 November – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin berharap suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung secara teratur dan aman ketika ini dapat dikekalkan sehingga hari pengundian.
- Mempergiat aktiviti turun padang untuk mendengar sendiri masalah dan keperluan penduduk.
- Sedang berusaha mengunjungi semua kawasan Paya Rumput untuk menyantuni seramai mungkin penduduk.
- Mendekati dan menyantuni rakyat di mana sahaja mereka berada.
- Memohon kepercayaan penduduk untuk menjadi wakil rakyat Paya Rumput.
Beliau berkata, menuju ke arah itu, usaha mendekati masyarakat akan terus menjadi fokus serta dipergiat menerusi aktiviti turun padang bagi mendengar sendiri masalah serta keperluan penduduk di kawasan berkenaan.
Menurutnya, beliau sendiri sedang berusaha mengunjungi semua kawasan di Paya Rumput bagi menyantuni seramai mungkin penduduk.
“Saya cuba habiskan semua kawasan untuk menyantuni rakyat Paya Rumput. Insya-Allah, kempen berjalan dengan baik, teratur dan aman. Saya harap keadaan ini akan berterusan.
“Saya juga cuba mendekati dan menyantuni semua rakyat Paya Rumput, di mana sahaja mereka berada. Insya-Allah, saya ingin memohon kepercayaan mereka untuk menjadi wakil rakyat di Paya Rumput,” katanya.
Datuk Azman berkata demikian ketika ditemui semasa kempen PRN Melaka di sini.