
KOTA LAKSAMANA, 8 November – Masalah banjir kilat dan kesesakan lalu lintas antara fokus utama calon Pakatan Harapan (PH) DUN Kota Laksamana, Low Chee Leong.
- Akan membawa perkara itu ke peringkat pentadbiran kerajaan negeri sekiranya diberi mandat PRN.
- Terus memberi tumpuan kepada isu sama walaupun telah dibangkitkan dalam persidangan lepas.
- Fokus menyelesaikan masalah di dalam DUN Kota Laksamana termasuk di kawasan bandar Melaka.
- Mendesak pelaksanaan penyelesaian jangka panjang segera untuk atasi kesesakan dan limpahan air demi keselesaan penduduk serta peniaga.
Katanya, walaupun situasi itu tidak kerap berlaku, namun masalah berkenaan sering menjadi kerisauan penduduk.
“Saya akan membawa perkara itu ke peringkat pentadbiran kerajaan negeri sekiranya diberi mandat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
“Isu banjir kilat akan saya terus saya beri tumpuan walaupun isu sama telah saya bangkitkan pada pada persidangan yang lepas. Fokus utama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir kilat di dalam DUN Kota Laksamana termasuk di kawasan bandar Melaka,” tegasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa mengadakan program walkabout dan kempen di Pasar Malam Kota Laksamana, di sini.
Beliau turut menambah penyelesaian jangka panjang perlu dilaksanakan segera agar isu kesesakan dan limpahan air dapat diatasi secara komprehensif demi keselesaan penduduk serta peniaga tempatan.
Hari Pengundian PRN Melaka akan berlangsung pada 14 November, manakala Hari Pengundian Awal pada 10 November.