Mekanisme sedia ada jamin bekalan keperluan ketika banjir

Foto FB KPDN Laman Rasmi

KUALA LUMPUR, 5 November – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memanfaatkan mekanisme pemantauan dan penyelarasan sedia ada bagi memastikan bekalan barangan keperluan mencukupi sepanjang musim tengkujuh dan banjir.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPDN.
  • Jawatan kuasa bertindak proaktif, bukan sekadar responsif apabila timbul isu bekalan.
  • Bermesyuarat setiap dua bulan untuk merancang langkah awal dan menyelaras tindakan sekiranya gangguan bekalan.
  • Mekanisme sedia ada membolehkan penggerakan platform penyelarasan bagi mengelakkan kesukaran mendapatkan barangan keperluan.

Menterinya, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pendekatan sama turut digunakan kerajaan dalam menangani ketidaktentuan geopolitik global bagi memastikan keterjaminan bekalan barangan dalam negara.

“Di peringkat KPDN, kita sudah ada satu mekanisme yang dinamakan Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan dan Harga yang dipengerusikan Ketua Setiausaha KPDN.

“Ia bukan hanya bertindak secara responsif apabila timbul isu bekalan, sebaliknya turut melihat strategi yang perlu dilaksanakan bagi memastikan keterjaminan bekalan sepanjang masa,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas majlis pelancaran Soda Teh Prebiotik Pertama di Malaysia, di sini.

Menurut Datuk Armizan, jawatankuasa berkenaan bermesyuarat setiap dua bulan bagi merancang langkah awal serta menyelaras tindakan sekiranya berlaku sebarang gangguan bekalan.

Pendekatan itu membolehkan kerajaan menggerakkan semua platform penyelarasan sedia ada bagi memastikan rakyat tidak berdepan kesukaran mendapatkan barangan keperluan, khususnya ketika musim banjir.

Beliau berkata, mekanisme berkenaan bukan sekadar memberi tumpuan kepada tindakan selepas berlaku gangguan, sebaliknya turut menekankan usaha memastikan bekalan sentiasa terjamin.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.