Lebih 650 pekerja tempatan di syarikat pusat data Kempas

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 5 November – Kerajaan Johor menolak dakwaan bahawa syarikat pusat data dan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang beroperasi di negeri itu tidak menawarkan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Majoriti pekerja di sebuah syarikat pusat data di Kempas adalah rakyat Johor.
  • Syarikat pelabur memberi komitmen mengutamakan pengambilan pekerja tempatan.
  • Sebuah syarikat telah menggaji lebih 650 pekerja tempatan dan jumlah dijangka meningkat.
  • Projek pembesaran Loji Rawatan Air Kempas Tech Park Fasa Dua tingkatkan kapasiti kepada 20 juta liter sehari.

Menteri Besarnya, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, majoriti pekerja di sebuah syarikat pusat data di Kempas, Johor Bahru terdiri daripada rakyat Johor.

Menurut beliau, syarikat pelabur turut memberikan komitmen untuk mengutamakan pengambilan pekerja tempatan.

“Dakwaan bahawa syarikat pusat data dan teknologi AI yang melabur di Johor tidak mengambil pekerja tempatan adalah tidak tepat.

“Sebagai contoh, sebuah syarikat di Johor telah menggaji lebih 650 pekerja tempatan sejak mula beroperasi dan jumlah itu dijangka terus meningkat,” katanya selepas merasmikan Projek Pembesaran Loji Rawatan Air Kempas Tech Park Fasa Dua, di sini.

Projek berkenaan bertujuan meningkatkan kapasiti rawatan air loji kepada 20 juta liter sehari bagi menyokong keperluan operasi pusat data di kawasan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.