Pengurusan tahanan OYDS libatkan kerjasama pelbagai agensi


Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah

KUALA LUMPUR, 5 November – Kerjasama antara agensi penguatkuasaan akan terus diperkukuh bagi memastikan keselamatan perairan negara sentiasa terpelihara, termasuk dalam aspek pengurusan tahanan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Maritim Malaysia tidak mempunyai pusat tahanan; hanya menyediakan lokap untuk menempatkan OYDS sepanjang tempoh reman untuk siasatan.
  • Selepas hukuman dijatuhkan, OYDS diserahkan kepada Jabatan Penjara dan Imigresen untuk penempatan di pusat tahanan.
  • Soalan mengenai langkah memastikan kelancaran pengurusan dan pengusiran OYDS dijawab oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, Maritim Malaysia tidak mempunyai pusat tahanan, sebaliknya hanya menyediakan lokap bagi menempatkan orang yang disyaki (OYDS) sepanjang tempoh reman untuk tujuan siasatan.

“Selepas hukuman dijatuhkan, OYDS ini akan diserahkan kepada pihak Penjara dan Imigresen untuk ditempatkan di pusat tahanan.

“Apa pun, Kerajaan khususnya KDN bertindak secara kolaborasi dengan pelbagai agensi di bawah KDN untuk memastikan keselamatan perairan negara kekal terpelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Datuk Seri Hasni Mohammad (Simpang Renggam) mengenai langkah kementerian bagi memastikan kelancaran proses pengurusan dan pengusiran OYDS.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.