Deepavali : Diskaun tol 50 peratus pada 6 dan 7 November

Pengguna lebuh raya turut dinasihat merancang perjalanan lebih awal

KUALA LUMPUR, 5 November – Kerajaan mengumumkan diskaun tol 50 peratus selama dua hari sempena Deepavali, mulai tengah malam pada Jumaat (6 November) hingga 11.59 malam, Sabtu ini hingga 11.59 malam, Sabtu (7 November).

RINGKASAN BERITA AI
  • Inisiatif melibatkan pampasan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi, ditanggung kerajaan tertakluk kepada pengesahan data trafik.
  • Terpakai untuk kenderaan persendirian Kelas 1 semua plaza tol dan Kelas 2 di Jambatan Pulau Pinang; dikecualikan BSI, PLUS, TTK dan plaza sempadan.
  • Keputusan mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam memelihara kebajikan, kesejahteraan serta memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian negara.
  • Pengguna dinasihat merancang perjalanan awal, pastikan baki Touch ’n Go atau eWallet mencukupi dan utamakan keselamatan bagi mengelakkan kemalangan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menerusi kenyataan memaklumkan, inisiatif berkenaan dijangka melibatkan pampasan RM20.11 juta kepada syarikat konsesi lebuh raya, yang ditanggung kerajaan tertakluk kepada pengesahan data trafik.

“Inisiatif melibatkan kenderaan persendirian Kelas 1 di semua plaza tol serta Kelas 2 bagi Jambatan Pulau Pinang, namun dikecualikan di plaza tol sempadan negara masing-masing, Plaza Tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI), Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) dan Plaza Tol Tanjung Kupang (TTK), Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia–Singapura (LINKEDUA).

“Keputusan mencerminkan keprihatinan dan komitmen berterusan Kerajaan MADANI dalam memelihara kebajikan serta kesejahteraan rakyat di samping memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.,

“Inisiatif juga diharap dapat membantu meringankan kos perjalanan rakyat, khususnya masyarakat beragama Hindu yang pulang ke kampung halaman atau menziarahi ahli keluarga bagi meraikan sambutan Deepavali, sekali gus memaknai semangat perayaan melalui hubungan kekeluargaan dan kebersamaan,”katanya.

Pengguna lebuh raya turut dinasihat merancang perjalanan lebih awal, memastikan baki kad Touch ’n Go atau eWallet mencukupi serta mengutamakan keselamatan bertujuan mengelakkan kesesakan dan kemalangan sepanjang musim perayaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.