Harga minyak susut lebih 7 % susulan perkembangan AS-Iran

Foto AFP

NEW YORK, 3 November – Harga minyak mentah merosot lebih tujuh peratus pada Isnin menjelang pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS), susulan perkembangan positif yang meningkatkan harapan rundingan antara Washington dan Tehran dapat disambung semula bagi menamatkan konflik di Asia Barat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Perbualan intensif antara AS dan Iran; Iran menawarkan buka semula Selat Hormuz dengan syarat ketat.
  • Laporan Axios mendakwa Naib Presiden AS JD Vance menghantar surat kepada Mohsen Rezaei mengenai rundingan baharu.
  • Sentimen pelabur berubah, melihat kemungkinan kejayaan rundingan tetapi kerugian boleh kembali jika perkembangan tidak menjadi kenyataan.
  • Pasaran kekal tidak menentu akibat kebimbangan pilihan raya pertengahan AS dan perbelanjaan syarikat untuk pembangunan AI; saham teknologi tertekan.

Iran pada Isnin memaklumkan bahawa pertukaran komunikasi secara intensif sedang berlangsung dengan AS, selain menawarkan untuk membuka semula Selat Hormuz dengan syarat ketat, ketika usaha diplomatik dipergiat bagi mengelakkan konflik kembali tercetus.

Sebelum itu, portal berita Axios melaporkan Naib Presiden AS JD Vance menghantar surat kepada Ketua Keselamatan Negara Iran Mohsen Rezaei berhubung kemungkinan mengadakan rundingan baharu.

Perkembangan itu merupakan langkah diplomatik pada peringkat tertinggi oleh pentadbiran Presiden Donald Trump dalam tempoh beberapa bulan.

Penganalisis Again Capital, John Kilduff berkata, sentimen pelabur berubah dengan ketara, daripada menjangkakan serangan besar-besaran selepas pilihan raya AS kepada melihat kemungkinan tercapainya kejayaan dalam rundingan.

“Semua kerugian ini boleh kembali berlaku jika perkembangan ini tidak menjadi kenyataan,” katanya kepada AFP.

Penurunan harga minyak turut melemahkan saham sektor petroleum. Bagaimanapun, pasaran saham Wall Street pada awal dagangan menunjukkan pemulihan selepas merosot teruk Jumaat lalu berikutan kebimbangan terhadap perbelanjaan besar industri teknologi bagi pembangunan kecerdasan buatan (AI).

Namun, saham teknologi kembali berada di bawah tekanan apabila dagangan berlangsung, dengan indeks Nasdaq yang didominasi saham teknologi merosot 1.1 peratus.

Ketua Strategi Pasaran Cresset Capital, Joseph Zidle berkata, pasaran masih tidak menentu berikutan kebimbangan terhadap pilihan raya pertengahan penggal AS dan perkembangan pesat industri AI.

Beliau berkata, kedua-dua isu itu saling berkait kerana penentangan terhadap pembinaan pusat data turut menjadi antara perkara yang dibangkitkan dalam kempen pilihan raya.

“AI menjadi isu dalam kempen di banyak kawasan, sama ada yang dikuasai Demokrat atau Republikan. Pusat data kini menjadi antara isu yang dekat dengan kehidupan rakyat,” katanya.

Penganalisis politik menjangkakan Parti Demokrat akan merampas semula penguasaan Dewan Perwakilan, manakala Parti Republikan pimpinan Trump berpotensi mengekalkan majoriti di Senat.

Kehilangan penguasaan penuh Republikan di Kongres boleh meletakkan Trump dalam keadaan politik lebih sukar, ketika beliau berdepan inflasi tinggi dalam negara, konflik dengan Iran yang masih berlarutan serta siasatan oleh Demokrat terhadap pentadbirannya.

Ketua Strategi Pelaburan Wealth Club, Susannah Streeter berkata, pelabur bersiap sedia menghadapi satu lagi tempoh ketidaktentuan menjelang pilihan raya pertengahan penggal AS, selain menilai jumlah perbelanjaan syarikat bagi pembangunan AI.

Prestasi kewangan beberapa syarikat teknologi utama turut menjadi tumpuan minggu ini, termasuk Apple yang dijadual mengumumkan keputusan kewangannya selepas dagangan ditutup pada Isnin, selain Advanced Micro Devices dan Palantir.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.