PRN Melaka: Datuk Seri Ab Rauf dicadang kekal Ketua Menteri jika BN menang

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengiringi Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusof sebagai calon BN DUN Tanjung Bidara, Melaka / Foto Facebook Zahid Hamidi

TANJUNG BIDARA, 31 Oktober – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.02 Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dicadangkan untuk terus menerajui Kerajaan Negeri Melaka sebagai Ketua Menteri sekiranya BN memperoleh majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan cadangan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, tertakluk kepada budi bicara baginda.
  • BN berharap dapat membentuk Kerajaan Negeri bersama rakan strategik bagi menjamin kestabilan pentadbiran Melaka.
  • Ahmad Zahid menjawab soalan mengenai sasaran kerusi BN bersama Perikatan Nasional dalam PRN Melaka ke-16.
  • Beliau mengiringi Datuk Seri Ab Rauf ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Kapten Bersara Hj Ab Karim Kompleks Japerun.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata cadangan tersebut akan dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, tertakluk kepada kuasa dan budi bicara Tun Mohd Ali.

“Kita berharap akan dapat membentuk Kerajaan Negeri antara BN dan rakan strategik kita.

“Tanpa mendahului kuasa Yang di-Pertua Negeri Melaka, saya selaku Pengerusi BN akan mencadangkan supaya Datuk Seri Ab Rauf akan terus menjalankan khidmatnya sebagai Ketua Menteri Melaka,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai sasaran kerusi ingin dimenangi BN bersama rakan strategiknya, Perikatan Nasional dalam PRN Melaka ke-16.

Sebelum itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid mengiringi Datuk Seri Ab Rauf ke pusat penamaan calon di Dewan Datuk Kapten Bersara Hj Ab Karim Kompleks Japerun di sini hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.