
SHAH ALAM, 31 Oktober – Sebarang penyebaran kandungan palsu dan fitnah terhadap mana-mana calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, perlu dilaporkan segera kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
- Menggalakkan orang ramai membuat aduan terus kepada platform media sosial seperti Facebook dan TikTok.
- Semua calon PRN Melaka digesa bertanding secara sihat.
- MCMC meneliti capaian internet di semua pusat mengundi untuk memastikan kelancaran komunikasi; tiada masalah dijangka pada hari pengundian.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil turut menggalakkan orang ramai membuat aduan secara terus kepada platform media sosial berkaitan termasuk Facebook dan TikTok.
“Sekiranya wujud sebarang kandungan palsu atau fitnah terhadap mana-mana calon, segera melaporkannya kepada pihak MCMC. Anda juga digalakkan membuat aduan terus kepada platform media sosial terlibat.
“Selain itu, kita meminta supaya semua calon PRN Melaka agar bertanding secara sihat,” katanya.
Datuk Seri Fahmi turut memaklumkan, MCMC meneliti persediaan capaian internet di semua pusat mengundi bagi memastikan kelancaran komunikasi pada hari pengundian, 14 November.
Menurutnya, tiada masalah capaian internet dijangka berlaku pada hari pengundian berkenaan.