PRN Melaka: Pertembungan tiga penjuru di DUN Kuala Linggi

Foto RTM

KUALA LINGGI, 31 Oktober – Kerusi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Kuala Linggi bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 selepas tiga calon disahkan layak bertanding.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya Mohd Fuad Musrik selepas penamaan calon di Kompleks Japerun Kuala Linggi.
  • Calon: Datuk Rosli Abdullah (BN), Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah (PH), Nur Farhana Hamzah (Parti Bersama Malaysia).
  • Persaingan tiga penjuru antara BN, PH dan Parti Bersama Malaysia bagi menentukan wakil rakyat DUN Kuala Linggi.
  • SPR menetapkan hari pengundian pada 14 November dan pengundian awal pada 10 November untuk PRN Melaka ke-16.

Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya bagi DUN Kuala Linggi, Mohd Fuad Musrik, selepas proses penamaan calon di Kompleks Japerun Kuala Linggi selesai, pagi ini.

Tiga calon berkenaan ialah penyandang kerusi itu, Datuk Rosli Abdullah yang mewakili Barisan Nasional (BN), Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah daripada Pakatan Harapan (PH) serta Nur Farhana Hamzah daripada Parti Bersama Malaysia (BERSAMA).

Pertembungan tiga penjuru itu bakal menyaksikan persaingan antara Barisan Nasional, Pakatan Harapan dan Parti Bersama Malaysia bagi menentukan wakil rakyat yang akan membawa suara penduduk Kuala Linggi di DUN Melaka.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Melaka ke-16 pada 14 November manakala pengundian awal pada 10 November.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 sebelum ini, Datuk Rosli Abdullah menang dengan 3,554 undi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.