
TANJUNG BIDARA, 31 Oktober – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Dr Abd Rauf Yusoh daripada Barisan Nasional (BN) berdepan saingan satu lawan satu dalam usaha mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.
- Mohd Yunazri Mustamiri diumumkan sebagai calon PH; beliau juga Setiausaha Penaja PKR.
- Calon nombor satu ditetapkan kepada Mohd Yunazri; nombor dua milik Datuk Seri Dr Abd Rauf.
- Tempoh berkempen PRN Melaka bermula dan berlangsung 14 hari sehingga 13 November, 11.59 malam.
Beliau yang juga Pengerusi BN Melaka akan ditentang calon Pakatan Harapan (PH) yang juga Setiausaha Penaja Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Yunazri Mustamiri.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya (RO) DUN Tanjung Bidara, Datuk Saifuddin Abdul Karim mengumumkan secara rasmi kedua-dua nama calon DUN Tanjung Bidara di pekarangan Dewan Datuk Kapten Bersara Hj Ab Karim Japerun, di sini.
Calon nombor satu ditetapkan kepada Mohd Yunazri, manakala calon nombor dua milik Datuk Seri Dr Abd Rauf.
Selesai proses penamaan, tempoh berkempen selama 14 hari PRN Melaka bermula secara rasmi sehingga 11.59 malam, 13 November.
Pada PRN Melaka ke-15, Datuk Seri Dr Ab Rauf menang perlawanan tiga penjuru di DUN Tanjung Bidara menewaskan calon PH, Zainal Hassan dan Datuk Mas Ermieyati Samsudin daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 364 undi.