Arab Saudi berjaya pintas dron di wilayah timur, Madinah

Menara Kingdom Centre di Riyadh, Arab Saudi/ AFP

RIYADH, 21 Oktober – Gabungan tentera pimpinan Arab Saudi yang menentang kumpulan Houthi di Yaman memintas lima dron yang dilancarkan ke arah negara itu pada Rabu, termasuk di Madinah, yang menempatkan kota suci umat Islam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Jurucakap Turki al-Maliki memaklumkan empat dron berjaya dipintas dan dimusnahkan.
  • Tindakan pemintasan berlaku di wilayah timur Arab Saudi dan di Madinah.
  • Al-Maliki tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan dron berkenaan.
  • Arab Saudi berdepan serangan berterusan Houthi yang disokong Iran, termasuk serangan ke Lapangan Terbang Riyadh.

Jurucakap gabungan tentera, Turki al-Maliki, menerusi hantaran di platform X memaklumkan empat dron berjaya dipintas dan dimusnahkan.

Dalam hantaran berasingan, beliau berkata tindakan memintas itu dilakukan di wilayah timur Arab Saudi dan Madinah.

Bagaimanapun, al-Maliki tidak menyatakan pihak yang bertanggungjawab melancarkan dron berkenaan. Beliau turut memaklumkan sebuah lagi dron turut berjaya dipintas di wilayah timur negara itu.

Arab Saudi berdepan serangan berterusan daripada kumpulan Houthi yang disokong Iran sejak awal bulan ini, termasuk serangan ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Riyadh yang mengorbankan paling ramai mangsa dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, ketika konflik dengan kumpulan itu semakin memuncak.

Madinah, yang menempatkan makam Nabi Muhammad SAW dan Masjid Nabawi, merupakan kota suci umat Islam selain Makkah. Kumpulan Houthi sebelum ini berjanji tidak akan menyerang kedua-dua kota berkenaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.