
TAWAU, 17 Oktober – Sebanyak 16 kediaman jenis tidak kekal musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Batu 2, Jalan Apas, Lorong Mat Salleh, di sini, malam tadi.
- Jabatan Bomba menerima panggilan kecemasan; jentera BBP Tawau tiba di lokasi pada 9.34 malam.
- Seramai 45 anggota dari BBP Tawau, BBP Kunak dan Bomba Komuniti Titingan terlibat dalam operasi pemadaman.
- Kebakaran berjaya dikawal pada 11.55 malam dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira empat jam kemudian.
- Operasi menggunakan tiga aliran hos sepanjang 400 kaki, lima pancutan air; tiada mangsa dilaporkan.
Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 9.31 malam itu melibatkan kawasan berkeluasan 52 x 95 meter persegi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah menerima panggilan kecemasan sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau tiba di lokasi pada pukul 9.34 malam.
Menurut Ketua Zon 5, Moiley Milin, seramai 45 anggota dari BBP Tawau, BBP Kunak dan Bomba Komuniti Titingan terlibat dalam operasi pemadaman.
Jelasnya, kebakaran dapat dikawal pada pukul 11.55 malam sebelum operasi tamat sepenuhnya kira-kira empat jam kemudian.
“Operasi pemadaman menggunakan tiga aliran hos sepanjang 400 kaki dengan lima pancutan air daripada tangki jentera bomba, pili bomba berhampiran dan sumber air terbuka.
“Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu,” katanya.
Operasi turut mendapat bantuan 10 anggota polis, tujuh anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), dua petugas Jabatan Air dan dua petugas Sabah Electricity.