
KAJANG, 17 Oktober – Seorang warga emas, Mohd Razi Raminus, 70, dilaporkan hilang sejak 14 Oktober lalu di Dusun Tua di sini sekitar pukul 10.58 malam.
- Polis menerima laporan kehilangan individu berkenaan pada hari sama.
- Ciri fizikal berketinggian 160 cm, berbadan kurus dan berat 40 kg.
- Berpakaian kemeja kelabu, seluar slack hitam dan kopiah putih; hubungi IPD Kajang 03-8911 4222 atau 019-264 2499.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Naazron Abdul Yusof, pihaknya menerima laporan kehilangan individu berkenaan pada hari sama.
“Mohd Razi berketinggian 160 sentimeter (cm), berbadan kurus dengan berat 40 kilogram (kg).
“Dia dipercayai keluar dari rumahnya pada pukul 10 pagi 14 Oktober berpakaian kemeja berwarna kelabu, seluar slack hitam serta berkopiah putih,” jelasnya.
Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan warga emas tersebut, diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang menerusi talian 03-8911 4222 atau pegawai penyiasat SM Mohd Nasyran AB Wahab di talian 019-264 2499 atau hadir ke mana-mana balai polis berdekatan.