
SHAH ALAM, 14 Oktober – Semua sekolah di Selangor akan beroperasi seperti biasa esok, meskipun keadaan jerebu masih menjadi perhatian.
- Murid digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
- Ibu bapa atau penjaga boleh memilih untuk tidak menghantar murid jika bimbang tentang kesihatan.
- Ketidakhadiran murid perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah.
- Sentiasa peka terhadap perkembangan semasa, patuhi nasihat pihak berkuasa dan rujuk saluran rasmi KPM serta Jabatan Pendidikan Negeri untuk maklumat lanjut.
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor menerusi kenyataan memaklumkan murid yang hadir ke sekolah digalakkan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
“Ibu bapa atau penjaga yang bimbang terhadap tahap kesihatan anak masing-masing boleh memilih untuk tidak menghantar mereka ke sekolah.
“Bagaimanapun, ketidakhadiran murid perlu dimaklumkan kepada pihak pengurusan sekolah,” menurut kenyataan itu.
Sehubungan itu, semua pihak diminta supaya sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan mematuhi nasihat pihak berkuasa berhubung keadaan jerebu.
Sebarang maklumat lanjut mengenai status pengoperasian sekolah akan dimaklumkan menerusi saluran rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.