Riyadh diserang, 4 cedera 15 rumah rosak

Foto AFP

RIYADH, 14 Oktober – Empat individu cedera manakala 15 rumah mengalami kerosakan selepas serpihan dua peluru berpandu yang dipintas sistem pertahanan udara Arab Saudi jatuh di kawasan kediaman di Riyadh.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dilaporkan terdiri daripada dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak.
  • Peluru berpandu dilancarkan oleh kumpulan Houthi dari Yaman yang disokong Iran.
  • Pihak berkuasa menjalankan prosedur kecemasan susulan kejadian.

Agensi Pertahanan Awam Arab Saudi memaklumkan, mangsa terdiri daripada dua wanita, seorang lelaki dan seorang kanak-kanak.

Menurut kenyataan yang disiarkan menerusi platform X pada Rabu, kedua-dua peluru berpandu itu dilancarkan oleh kumpulan Houthi dari Yaman yang disokong Iran.

Pihak berkuasa turut melaksanakan prosedur kecemasan susulan kejadian itu.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.