
PETALING JAYA, 13 Oktober – Seorang ahli perniagaan dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya hari ini selepas didapati bersalah memukul bekas teman wanitanya sehingga mengalami kecederaan pada mata dan badan, dua tahun lepas.
RINGKASAN BERITA AI
- Majistret memerintahkan Hoh membayar pampasan RM5,000 kepada Liaw atas trauma dan kecederaan yang dialaminya.
- Tertuduh ialah Hoh Peng Onn, 47; mangsa dinamakan Liaw Ju Shuang, 28.
- Hoh didakwa menyebabkan kecederaan di sebuah kediaman Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, pada 5 Oktober 2024.
- Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi; pampasan diarahkan dibayar hari ini.
Majistret Amira Sariaty Zainal turut memerintahkan Hoh Peng Onn, 47, membayar pampasan RM5,000 kepada mangsa, Liaw Ju Shuang, 28, bagi mengambil kira trauma serta kecederaan yang dialaminya.
Hoh didakwa sengaja menyebabkan kecederaan terhadap mangsa di sebuah kediaman di Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, pada 5 Oktober 2024.
Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi, namun mengarahkan pampasan dibayar hari ini.