Kripto RM12.47 juta lesap

Foto Bernama

TELUK INTAN, 10 Oktober – Seorang lelaki kerugian kira-kira RM12.47 juta selepas aset kripto miliknya dipercayai dipindahkan daripada dompet digital tanpa kebenaran.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa menyedari kejadian kira-kira pukul 1 petang semalam di sekitar Teluk Intan.
  • Siasatan awal mendapati pemindahan aset kripto melalui rangkaian blockchain.
  • Unit Kripto JSJK Bukit Aman membantu siasatan; kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, lelaki berusia 38 tahun itu menyedari kejadian kira-kira pukul 1 petang semalam ketika berada di sekitar Teluk Intan.

Menurutnya, mangsa mendapati sejumlah aset kripto dipindahkan keluar tanpa pengetahuan dan kebenarannya, dipercayai akibat akses tanpa kebenaran terhadap dompet digital berkenaan.

“Siasatan awal mendapati transaksi berkenaan melibatkan pemindahan aset kripto melalui rangkaian blockchain,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti pihak terlibat serta menjejaki aliran transaksi dengan bantuan Unit Kripto, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.