Gempa bumi kuat landa Panama

Foto FB Malaysian Meteorological Department

KUALA LUMPUR, 10 Oktober – Gempa bumi kuat berukuran 6.4 magnitud telah berlaku di Panama pada pukul 4.25 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat gempa pada koordinat 7.6 darjah Utara dan 81.5 darjah Barat, kira-kira 1,396 km utara Sullana, Peru.
  • Gempa berlaku pada kedalaman 30 km.
  • METMalaysia mengesahkan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan memaklumkan gempa itu berpusat pada koordinat 7.6 darjah Utara dan 81.5 darjah Barat, kira-kira 1,396 kilometer (km) Utara dari Sullana, Peru.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 30 km.

Menurut METMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.