Lebih 22,000 naskhah al-Quran rosak, tiada perakuan dikumpul

Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Shafril Azmi Shaharin

PASIR PUTEH, 7 Oktober – Sebanyak 22,002 naskhah al-Quran tanpa perakuan Kementerian Dalam Negeri (KDN), rosak dan lusuh berjaya dikumpulkan menerusi 350 Program Jom Exchange Al-Quran (JEQ) di seluruh negara sepanjang tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • 7,311 naskhah tiada perakuan KDN; 14,691 lagi rosak atau lusuh.
  • KDN tekankan kawalan dan pelupusan al-Quran mengikut hukum syarak dan undang-undang.
  • Sebanyak 2.5 tan abu al-Quran dilupuskan di Kelantan melalui penenggelaman bersama APMM, JAHEAIK dan Penguatkuasaan KDN.
  • Orang ramai dinasihat menyemak pelekat hologram KDN dan cop LPPPQ serta mematuhi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

Daripada jumlah berkenaan, 7,311 naskhah didapati tidak mempunyai perakuan KDN, manakala 14,691 naskhah lagi merupakan al-Quran yang rosak atau lusuh.

Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN, Shafril Azmi Shaharin berkata, kejayaan program tersebut membuktikan komitmen berterusan kementerian dalam memastikan kawalan dan pelupusan teks suci dikendalikan mengikut hukum syarak serta perundangan yang ditetapkan.

“Kita dari semasa ke semasa memang mengadakan sesi libat urus dengan semua pihak bagi meningkatkan kesedaran masyarakat Islam bahawa pelupusan al Quran perlu dilakukan melalui proses yang sistematik dan tidak boleh dibuang sesuka hati,” kata beliau selepas Program Pemurnian (Pelupusan) Abu Al-Quran 2026 di Perairan Tok Bali, di sini.

Sebanyak 2.5 tan abu al-Quran yang di proses di Kelantan sepanjang tahun ini berjaya di lupuskan melalui inisiatif berkenaan.

Program tersebut dijalankan dengan kerjasama Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Kelantan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK), serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan, yang melibatkan pelepasan bot APMM ke perairan laut bagi proses penenggelaman abu berkenaan.

Pihak KDN turut mengingatkan semua pihak termasuk pengimport, penerbit, penjual dan orang ramai agar sentiasa mematuhi Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

Orang ramai dinasihatkan menyemak pelekat hologram KDN serta cop kelulusan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Al-Quran (LPPPQ) sebelum
membuat sebarang pembelian.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.