
LAGOS, 3 Oktober – Sekurang-kurangnya 20 orang maut dalam kemalangan membabitkan beberapa kenderaan di sebuah lebuh raya di negeri Plateau, Nigeria, pada Jumaat.
- Empat kenderaan terlibat: lori, kereta, bas dan motosikal.
- Siasatan awal: kegagalan brek mengakibatkan kehilangan kawalan dan kemalangan.
- Kemalangan jalan raya kerap di Nigeria akibat jalan kurang diselenggara dan ketidakpatuhan peraturan; statistik menunjukkan kadar kematian tinggi.
Jurucakap Kor Keselamatan Jalan Raya Persekutuan Nigeria (FRSC), Osondu Ohaeri berkata, kemalangan yang berlaku di Jalan Hawan Kibo-Jos itu membabitkan empat kenderaan, iaitu sebuah lori, kereta, bas dan motosikal.
Siasatan awal mendapati kegagalan brek yang menyebabkan kenderaan hilang kawalan dipercayai menjadi punca kemalangan.
“Hasil siasatan awal menunjukkan kegagalan brek dan kehilangan kawalan selepas itu berkemungkinan menjadi punca kemalangan.
“Kemalangan itu membabitkan 25 orang, terdiri daripada 23 lelaki dan dua wanita. Lima orang, iaitu tiga lelaki dan dua wanita, cedera, manakala 20 lelaki maut,” menurut kenyataan itu.
Kemalangan jalan raya kerap berlaku di Nigeria, antara lain disebabkan keadaan jalan yang kurang diselenggara serta ketidakpatuhan terhadap peraturan lalu lintas.
Menurut statistik FRSC, sebanyak 10,446 kemalangan direkodkan pada 2025 dengan 5,289 kematian.
Menurut rekod Biro Perangkaan Negara Nigeria sekurang-kurangnya 1,347 kematian akibat kemalangan jalan raya direkodkan pada suku pertama 2026.- AFP