
SEPANG, 3 Oktober – Keselamatan dan keselesaan penonton kekal menjadi keutamaan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) susulan cabaran perjalanan yang dialami sebahagian penonton ketika menuju dan meninggalkan litar, semalam.
- SIC bekerjasama rapat dengan rakan pengangkutan dan pihak berkuasa untuk mempertingkat pengurusan trafik, perkhidmatan shuttle serta kawalan pergerakan orang ramai.
- Penonton dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan mendapatkan maklumat perjalanan terkini menerusi saluran media sosial rasmi SIC.
- Patuh arahan petugas dan papan tanda kerana pengaturan trafik mungkin diselaraskan. SIC menghargai kesabaran serta kerjasama penonton.
SIC dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya bekerjasama rapat dengan rakan pengangkutan serta pihak berkuasa berkaitan bagi mempertingkat pengurusan trafik, perkhidmatan shuttle dan kawalan pergerakan orang ramai bagi hari ini.
Sementara itu, penonton dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal serta mendapatkan maklumat perjalanan terkini menerusi saluran media sosial rasmi SIC.
“Penonton juga perlu mematuhi arahan petugas dan papan tanda di sekitar litar ketika tiba atau meninggalkan kawasan berkenaan, memandangkan pengaturan trafik mungkin diselaraskan mengikut keadaan semasa,” menurut SIC dalam kenyataan.
SIC merakamkan penghargaan kepada semua penonton atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan serta berharap semua dapat menikmati hari yang
selamat dan lancar di Litar Antarabangsa Sepang.