UiTM Holdings: SPRM tahan bekas pegawai pengurusan tertinggi disyaki salah guna kuasa

Foto RTM

KUALA LUMPUR, 29 September – Seorang bekas pegawai pengurusan tertinggi sebuah perbadanan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menyalahgunakan kuasa berkaitan urusan pembayaran perbelanjaan operasi kepada beberapa syarikat yang berjumlah kira-kira RM42 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Suspek ditahan kira-kira pukul 1 petang di kediamannya di sekitar Lembah Klang.
  • Penahanan susulan siasatan SPRM terhadap isu yang dikaitkan dengan kerugian UiTM Holdings pada 2023.
  • Siasatan awal mendapati suspek dipercayai terlibat pembayaran pada 2017 kepada beberapa syarikat berkepentingan dengannya.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009; suspek dijangka didakwa pada 1 Oktober 2026.

Menurut sumber, suspek lelaki berusia lingkungan 50-an itu, ditahan kira-kira pukul 1 petang semalam (Isnin) di kediamannya di sekitar Lembah Klang.

Penahanan itu susulan siasatan SPRM berhubung beberapa isu yang dikaitkan dengan kerugian dialami UiTM Holdings Sdn Bhd (UiTM Holdings) pada 2023.

Siasatan awal SPRM mendapati suspek dipercayai terlibat dalam urusan pembayaran berkenaan pada 2017 kepada beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Suspek dijangka akan didakwa pada 1 Oktober 2026.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.