KPDN P.Pinang lupus barang rampasan RM3.14 juta

S. Jegan (tengah) menunjukkan barangan rampasan yang dilupuskan KPDN/Foto RTM

BUKIT MERTAJAM, 29 September – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Pulau Pinang melupuskan barangan rampasan bernilai RM3.14 juta melibatkan kira-kira 68,941 unit pelbagai barangan bagi tempoh 1 Januari hingga hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Barang rampasan termasuk alat ganti kenderaan, aksesori motosikal, beg jenama, pakaian dan produk penjagaan wanita dilupuskan.
  • Kes melibatkan pelbagai kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan, Perihal Dagangan, Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan, Cap Dagangan serta Perlindungan Pengguna.
  • KPDN membuat pemeriksaan di 58,805 premis dan mengambil 761 tindakan kes atas pelbagai kesalahan.

Pengarah KPDN Pulau Pinang, S. Jegan berkata barang rampasan yang dilupuskan diperoleh daripada pelbagai premis dengan pelbagai kesalahan termasuk di pasar malam serta pasar raya.

“Antara produk yang dilupuskan ialah alat ganti kenderaan, aksesori motosikal, pelbagai jenama beg serta pakaian dan produk penjagaan wanita.

“Ia membabitkan kes di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta Perihal Dagangan 2011, Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, Akta Cap Dagangan 2019 serta Akta Perlindungan Pengguna 1999,” katanya.

Beliau menyatakannya kepada media di Kompleks Penyimpanan Ekshibit KPDN Negeri Pulau Pinang di Bukit Minyak di sini.

“KPDN Pulau Pinang telah membuat pemeriksaan di 58,805 premis dan 761 tindakan kes diambil atas pelbagai kesalahan,” tambah beliau.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.