
KUALA LUMPUR, 29 September – Dua beradik cedera ditikam seorang lelaki yang menceroboh masuk ke sebuah rumah mereka di Taman Sri Bintang, Kepong, awal pagi tadi.
- Kedua mangsa, berusia 21 dan 18 tahun, ditemui bersembunyi di dalam tandas bilik aras bawah rumah.
- Polis menemui suspek bukan warganegara memegang sebilah pisau; suspek ditangkap dan pisau dirampas.
- Siasatan awal menyatakan suspek dipercayai cemburu kerana mangsa berhubung semula dengan bekas teman lelaki; kebakaran luaran turut disiasat.
Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 21 dan 18 tahun ditemui bersembunyi di dalam tandas bilik aras bawah rumah berkenaan.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira pada pukul 5.04 pagi.
“Pihak polis kemudian naik ke tingkat atas rumah dan mendapati suspek, yang bukan warganegara Malaysia, berada di dalam bilik sambil memegang sebilah pisau.
“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai cemburu dengan salah seorang mangsa kerana mangsa berhubung semula dengan bekas teman lelakinya.
“Suspek turut dipercayai menyebabkan kebakaran pada bahagian luar rumah berkenaan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Anuar Bakri berkata, polis berjaya menangkap suspek berusia 20-an dan merampas pisau yang digunakan dalam kejadian itu.
Kedua-dua mangsa dan suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 435 Kanun Keseksaan.