Cedera diserang harimau: Anak gajah ‘Jelita’ diselamatkan PERHILITAN

Anak gajah ‘Jelita’ selamat dipindahkan Ke PKGK Kuala Gandah/Foto Facebook Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

JELI, 25 September – Seekor anak gajah liar betina yang diberi nama “Jelita” berjaya diselamatkan selepas ditemukan cedera di sini, dipercayai akibat serangan harimau belang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Operasi bersepadu PERHILITAN Kelantan dan PKGK Kuala Gandah berjaya memindahkan anak gajah.
  • Ditemui mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, kaki dan ekor terputus.
  • Jelita dipindahkan ke PKGK Kuala Gandah untuk rawatan dan pemantauan rapi oleh pegawai veterinar serta mahut berpengalaman.
  • PERHILITAN merakamkan penghargaan kepada komuniti Kampung Lata Janggut dan menggesa orang ramai melaporkan penemuan hidupan liar segera.

Gajah berusia anggaran empat hingga lima tahun itu diselamatkan menerusi operasi bersepadu Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Kelantan bersama Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah.

“Jelita yang dipercayai terpisah daripada kumpulannya ditemui mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan, kaki serta ekor yang terputus,” menurut Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia menerusi Facebook rasminya.

“Menerusi tindakan pantas pasukan penyelamat, anak gajah berkenaan telah dipindahkan ke PKGK Kuala Gandah untuk menerima rawatan dan pemantauan rapi daripada Pegawai Veterinar serta mahut (gembala gajah) berpengalaman bagi memastikan proses pemulihannya berjalan lancar,” jelasnya.

Pihak PERHILITAN merakamkan penghargaan kepada komuniti Kampung Lata Janggut, Jeli yang bertindak pantas menyalurkan maklumat awal hingga membolehkan operasi menyelamat itu dijalankan dengan jayanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan gangguan atau penemuan hidupan liar disaran membuat laporan segera kepada PERHILITAN bagi membantu usaha pemuliharaan hidupan liar di negara ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.