Abang Perdana Menteri meninggal dunia

Foto Facebook Datuk Seri Anwar Ibrahim/ PMO

KUALA LUMPUR, 24 September – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pemergian abangnya, Idrus Ibrahim.

RINGKASAN BERITA AI
  • Berita pemergian diterima semasa beliau dalam perjalanan pulang ke Malaysia.
  • Mengimbau banyak kenangan bersama, sukar untuk ungkapkan rasa kehilangan.
  • Terkilan tidak sempat berada di sisi pada saat-saat akhir, namun reda menerima takdir.
  • Memohon orang ramai menitip doa agar rohnya diampuni, dilimpahi rahmat dan ditempatkan di kalangan mukmin; Al-Fatihah.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata berita berkenaan diterima ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia.

Datuk Seri Anwar berkata pemergian abangnya itu amat dirasai selepas berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup bersama.

“Sukar untuk saya ungkapkan rasa kehilangan ini apabila seorang sosok yang berkongsi begitu banyak kenangan sepanjang perjalanan hidup kini telah tiada, dan hanya Allah SWT yang tahu betapa beratnya hati menerima kenyataan ini,” katanya dalam hantaran tersebut.

Beliau turut meluahkan rasa terkilan kerana tidak sempat berada di sisi Allahyarham pada saat-saat akhirnya, namun reda dengan pemergian itu.

Katanya, segala kenangan dan kebaikan yang ditinggalkan Allahyarham akan kekal terpahat dalam ingatan dan hati keluarga.

Datuk Seri Anwar turut memohon orang ramai menitipkan doa buat Allahyarham Idrus agar Allah SWT mengampuni segala khilafnya, melimpahkan rahmat ke atas rohnya serta menempatkannya dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

“Al-Fatihah,” katanya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.