13 kawasan catat IPU tidak sihat, semuanya di Sarawak

Keadaan Jerebu di Serian awal bulan ini / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 September – Sebanyak 13 kawasan di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sri Aman dan IPD Serian catat bacaan IPU tertinggi, 180.
  • Kuching, Sibu, Bintulu, Sarikei, Samarahan dan Mukah juga rekodkan bacaan tidak sihat.
  • 45 kawasan lain catat IPU sederhana manakala lapan kawasan rekod bacaan baik.
  • Skala IPU: 0-50 baik; 51-100 sederhana; 101-200 tidak sihat; 201-300 sangat tidak sihat; 301 ke atas berbahaya.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), bacaan tertinggi direkodkan di Sri Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian dengan masing-masing mencatatkan IPU 180.

Kuching pula merekodkan bacaan 175, diikuti Sibu (171), Bintulu, Sarikei dan Samarahan masing-masing 169 serta Mukah (161).

Bacaan tidak sihat turut direkodkan di Miri dan Samalaju masing-masing 159, ILP Miri (156), Limbang (153) dan Kapit (118).

Sementara itu, 45 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala lapan kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 ke atas berbahaya.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.