Belanjawan 2027: Ramanan beri bayangan khabar gembira buat graduan TVET

Konvokesyen Institusi Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) Ke-20 pada tahun 2025/Foto Facebook ILKBS

PUTRAJAYA, 22 September – Graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) diberi bayangan bakal menerima khabar gembira menerusi pembentangan Belanjawan 2027 pada Oktober ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menteri Sumber Manusia R. Ramanan tidak memperincikan pengumuman dan menyerahkan perincian kepada Perdana Menteri.
  • Gaji tenaga mahir TVET dilaporkan meningkat, dengan sebahagian kini memperoleh sehingga RM16,000.
  • Peningkatan gaji mencerminkan penerimaan industri terhadap graduan TVET dan membuka peluang pendapatan lebih tinggi.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan, bagaimanapun tidak memperincikan perkara berkenaan dan menyerahkan pengumuman kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, perkembangan positif sektor TVET termasuk peningkatan kadar gaji tenaga mahir yang kini dilaporkan boleh mencecah sehingga RM16,000.

“Yang naik sekali adalah gaji. Tidak lama lagi kerajaan akan mengumumkan bajet. Di dalam bajet ini, saya ingat banyak daripada graduan-graduan yang ada akan gembira… yang itu Perdana Menteri yang kena umumkan. Tapi saya hint sikit-sikit dari sana yang saya beri tahu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Konvokesyen Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) ke-17, di sini, hari ini.

Ramanan berkata, ketika menerima taklimat pada awal pelantikannya sebagai Menteri Sumber Manusia, kadar gaji tenaga mahir TVET berada sekitar RM8,000 hingga RM12,000.

Namun, berdasarkan perkembangan terbaharu, katanya, terdapat tenaga mahir TVET yang kini mampu memperoleh pendapatan sehingga RM16,000.

Katanya, peningkatan itu menunjukkan penerimaan industri terhadap graduan TVET semakin positif, sekali gus membuka peluang lebih luas kepada mereka untuk memperoleh pendapatan lebih tinggi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.