Luar bandar, kampung boleh dijadikan lokasi uji teknologi baharu

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 22 September – Kawasan luar bandar dan kampung boleh dijadikan ‘makmal’ untuk menguji dan memperhalusi inovasi baharu sebelum diperluaskan kepada masyarakat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beliau, sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar.
  • Menawarkan Bagan Datuk dan Pulau Pangkor sebagai lokasi permulaan kajian dan ujian inovasi baharu.
  • Cabaran utama ialah memindahkan teknologi daripada penyelidikan ke projek perintis, dikomersialkan dan ke pasaran.
  • Ucapan itu disampaikan pada Majlis Perasmian Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi URIIS 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pendekatan itu membolehkan teknologi dibangunkan berdasarkan keperluan sebenar komuniti luar bandar.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembangunan luar bandar, saya menawarkan kawasan luar bandar dan kampung sebagai ‘makmal’ untuk menguji inovasi baharu.

“Bagan Datuk dan Pulau Pangkor sentiasa terbuka dan bersedia menjadi lokasi untuk memulakan kajian,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pelaburan Penyelidikan dan Inovasi Institusi Pengajian Tinggi (URIIS) 2026 hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, cabaran utama bukan semata-mata menghasilkan penyelidikan berkualiti.

Sebaliknya, teknologi berkenaan perlu berjaya bergerak daripada peringkat penyelidikan kepada projek perintis, dikomersialkan dan akhirnya diperluaskan ke pasaran.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.