Keputusan seri ‘musnahkan’ harapan Messi, Miami

Miami ketinggalan 11 mata di belakang Nashville dengan baki lapan perlawanan/Foto AFP

MIAMI, 21 September – Keputusan seri 2-2 ketika menentang San Diego, ‘memusnahkan’ hasrat Lionel Messi dan Inter Miami untuk memintas Nashville di puncak saingan Konferens Timur Major League Soccer (MLS).

RINGKASAN BERITA AI
  • Anders Dreyer membuka jaringan pada minit ke-12 selepas hantaran Jeppe Tverskov, memberi kelebihan awal kepada San Diego.
  • Lionel Messi menyamakan pada minit ke-24 melalui sepakan percuma, gol ke-101 beliau bersama kelab.
  • De Paul hantarkan kepada Luis Suarez pada minit ke-74 untuk gol memimpin, namun Dreyer menyamakan dan St. Clair menyelamatkan peluang terakhir.

San Diego berjaya membawa pulang satu mata, sekali gus menyaksikan Miami kini ketinggalan 11 mata di belakang Nashville dengan baki lapan perlawanan.

Pasukan tuan rumah dikejutkan dengan jaringan awal pasukan pelawat, menerusi penyerang Denmark, Anders Dreyer yang membuka jaringan pada minit ke-12 selepas menerima hantaran cantik Jeppe Tverskov, sekali gus menewaskan penjaga gol Miami, Dayne St. Clair.

Miami bagaimanapun bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-24 menerusi Messi, selepas sepakan percuma bintang Argentina itu, dari luar kotak penalti melepasi kelompok pemain dalam kotak penalti dan mencetak gol peribadi ke-101 bersama kelab.

Walaupun, Miami terus menguasai permainan selepas itu dan mencipta beberapa peluang menerusi Messi, Luis Suarez serta Rodrigo De Paul, namun San Diego berjaya mengawal permainan untuk mengikat kedudukan.

Usaha Miami akhirnya membuahkan hasil pada minit ke-74 apabila De Paul melakukan hantaran bijak kepada Suarez dan meletakkan tuan rumah di depan dengan kedudukan 2-1.

Namun, kemenangan yang hampir berada dalam genggaman Miami lebur, apabila Dreyer sekali lagi menghukum pertahanan tuan rumah dengan menyamakan kedudukan 2-2.

San Diego hampir mencuri kemenangan pada penghujung perlawanan apabila Kieran Sargeant memperoleh peluang menerusi serangan balas pada masa kecederaan.

Bagaimanapun, St. Clair tangkas menyelamatkan percubaan itu, bagi memastikan kedua-dua pasukan berkongsi mata.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.