
KUALA LUMPUR, 21 September – Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
- Mudah tunai dianggarkan RM28.44 bilion (konvensional) dan RM28.95 bilion (Islam).
- BNM jalankan tender repo berbalik RM7 bilion (7 hari) dan RM500 juta (30 hari) serta repo berbalik Islam RM600 juta (30 hari).
- Dua tender repo berbalik Islam Murabahah Komoditi Bercagar RM100 juta (7 hari) dan RM400 juta (30 hari).
- Pada 4 petang, BNM akan jalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.9 bilion dan Murabahah sehingga RM30.1 bilion.
Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM28.44 bilion dalam pasaran konvensional dan RM28.95 bilion dalam pasaran wang Islam.
Hari ini, BNM akan menjalankan dua tender repo berbalik bernilai RM7 bilion untuk tujuh hari dan RM500 juta untuk 30 hari serta tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli balik) bernilai RM600 juta untuk 30 hari.
Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik Islam (Murabahah Komoditi Bercagar) bernilai RM100 juta untuk tujuh hari dan RM400 juta untuk 30 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM35.9 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM30.1 bilion.- BERNAMA