Malaysia sedia bantu Indonesia tangani kebakaran hutan, tanah

Foto BERNAMA

TIANJIN, 16 Oktober – Malaysia menyatakan kesediaan membantu Indonesia menangani kebakaran hutan dan tanah yang melanda negara jiran itu, susulan persetujuan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto, menerima tawaran bantuan asing.

RINGKASAN BERITA AI
  • Timbalan Perdana Menteri berharap bantuan meringankan beban Indonesia dan mengurangkan impak kebakaran terhadap kualiti udara serantau.
  • Tawaran bantuan disampaikan kepada pemimpin Indonesia dan Naib Presiden selepas Jemaah Menteri memutuskan penghantaran.
  • Malaysia menawarkan sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan 52 anggota bagi operasi pemadaman.
  • Indonesia mengesahkan menerima tawaran bantuan asing; penyelarasan teknikal dilaksanakan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berharap bantuan berkenaan dapat meringankan beban Indonesia dalam menangani kebakaran yang turut menjejaskan kualiti udara di beberapa negara serantau, termasuk Malaysia, Singapura dan Timor-Leste.

Beliau berkata Malaysia telah menyampaikan tawaran bantuan itu kepada Prabowo dan Naib Presiden Indonesia, Gibran Rakabuming Raka, selepas Jemaah Menteri memutuskan untuk menghantar bantuan.

“Alhamdulillah, mereka telah menerima, dan sedikit bantuan itu mungkin boleh membantu bukan hanya untuk memadamkan kebakaran, tetapi pada masa sama mengelakkan kawasan lain daripada turut terjejas,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum berlepas pulang selepas menamatkan lawatan kerja lima hari ke China, hari ini.

Malaysia sebelum ini menawarkan sebuah pesawat Bombardier CL-415MP, tiga helikopter dan 52 anggota bagi membantu operasi memadamkan kebakaran.

Pada 15 Oktober, Indonesia mengesahkan persetujuan menerima tawaran bantuan asing bagi menangani kebakaran hutan dan tanah, dengan penyelarasan teknikal dilaksanakan oleh pihak berkuasa berkaitan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.