Agong perkenan Najib jalani baki hukuman di rumah

Foto Fb Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR, 7 November – Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menitahkan supaya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menjalani baki hukuman pemenjaraan secara tahanan di rumah, tertakluk kepada syarat pembayaran denda RM50 juta.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lembaga Pengampunan meneliti petisyen bekas Perdana Menteri pada 18 September mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
  • Mesyuarat yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara memberi nasihat sewajarnya kepada Seri Paduka.
  • Istana Negara menegaskan perintah pengampunan bersyarat jelas, tidak berkabur dan tidak berkaitan dengan kes lain; syarat telah dipenuhi.

Menurut kenyataan Istana Negara, keputusan itu dibuat selepas Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya meneliti petisyen bekas Perdana Menteri itu pada 18 September lalu, mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

“Mesyuarat berkenaan yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan dan Peguam Negara telah mengemukakan nasihat sewajarnya kepada Seri Paduka Baginda.

“Istana Negara menegaskan, perintah pengampunan bersyarat itu adalah jelas, nyata dan tidak mempunyai sebarang kekaburan, selain tidak berkaitan dengan mana-mana kes lain membabitkan Najib,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, tidak sepatutnya timbul kekeliruan tafsiran atau ketidakpastian berpanjangan berhubung pelaksanaan keputusan yang telah diperkenankan.

“Kuasa pengampunan merupakan prerogatif Diraja di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang perlu dihormati selaras dengan kedudukan Raja Berperlembagaan dan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Istana Negara turut menegaskan, memandangkan semua syarat dalam perintah pengampunan bersyarat berkenaan telah dipenuhi, sebarang hujah yang mempertikaikannya menjurus ke arah mengingkari perintah Yang di-Pertuan Agong,” menurut kenyataan itu.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.