Johor perkenal kerangka pembangunan kepimpinan lima peringkat

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah

JOHOR BAHRU, 7 November -Kerajaan Johor melalui Institut Dato’ Onn (IDO) memperkenalkan kerangka pembangunan kepimpinan tersusun, berfasa dan bersepadu, melalui lima
peringkat, menerusi Johor Leadership Roadmap (JLR).

RINGKASAN BERITA AI
  • Lima peringkat pembangunan: prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pengajian tinggi dan alam pekerjaan.
  • Pembangunan kepimpinan dilaksanakan secara berfasa dan bersepadu, bukan terpisah mengikut institusi atau umur.
  • Buku panduan lima peringkat, bermula TASKA hingga IPTA, akan dikongsi kepada golongan muda dan pelajar institusi pendidikan.
  • Inisiatif menyokong aspirasi Maju Johor 2030 dan memenuhi keperluan pembangunan bakat di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Johor.

Exco Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah berkata, lima kerangka itu terdiri daripada peringkat pra sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, pengajian tinggi dan alam pekerjaan.

Menurut beliau, JLR dirangka bagi memastikan pembangunan kepimpinan di Johor tidak dilaksanakan secara berasingan mengikut institusi atau peringkat umur, sebaliknya membentuk satu laluan pembangunan kepimpinan yang berterusan dan menyeluruh.

“Kita mempunyai sebuah buku yang menggariskan lima peringkat pelaksanaan program, bermula dari peringkat taman asuhan kanak-kanak (TASKA) hingga ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Buku terbitan Institut Dato’ Onn itu akan dikongsikan kepada golongan muda, khususnya pelajar di institusi pendidikan.

“Program ini memberi penekanan kepada pembentukan generasi muda dari peringkat akar umbi, merangkumi pembangunan kerohanian dan pembentukan jati diri, sehingga melahirkan bakal pentadbir serta pemimpin masa depan negara dan negeri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Johor Youth Conference (JYC) 2026 di sini, dengan kehadiran kira-kira 600 belia dari seluruh Johor.

Inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi menyokong aspirasi Maju Johor 2030 selain keperluan pembangunan bakat dibawah Pelan Transformasi Ekonomi Johor (JETP).

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.