Akaun media sosial, individu berkaitan dikenal pasti bantu siasatan pementasan tular

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 19 September Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan bagi membantu siasatan berhubung pementasan yang tular di media sosial dan didakwa mengandungi kandungan menyentuh institusi raja, Malaysia serta Rukun Negara.

RINGKASAN BERITA AI
  • Semakan awal mendapati rakaman berasal dari pementasan 2018, sebelum kembali tersebar di media sosial.
  • MCMC menerima aduan mengenai video yang didakwa menyentuh institusi Raja, negara serta Rukun Negara.
  • MCMC bekerjasama dengan JSJ dan PDRM bagi melengkapkan siasatan termasuk pengumpulan bukti digital.
  • MCMC menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat belum disahkan untuk tidak mengganggu siasatan.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, semakan awal mendapati rakaman berkenaan sebenarnya berasal daripada sebuah pementasan yang berlangsung pada 2018, sebelum kembali tersebar di media sosial baru-baru ini.

“MCMC telah menerima aduan berhubung sebuah video pementasanyang kini tular di media sosial dan didakwa mengandungi kandungan yang menyentuh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara.

“MCMC turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan, termasuk berkaitan bukti
digital,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, MCMC menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat yang belum disahkan bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan.

Pada Jumaat Menteri Perpaduan Datuk Aaron Ago Dagang mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan segera dan menyeluruh berhubung sebuah video pementasan yang mengandungi unsur penghinaan terhadap institusi raja, negara Malaysia serta Rukun Negara.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.