
GUADALAJARA, 19 September – Juara bertahan, Iva Jovic mara ke perlawanan akhir terbuka Guadalajara buat kali kedua berturut-turut selepas membenam cabaran wakil Sepanyol, Cristina Bucsa 6-4, 6-1 pada aksi separuh akhir pada Jumaat.
- Iva Jovic, pilihan kedua berusia 18 tahun, menyelamatkan 11 daripada 12 peluang break dan memanfaatkan 4 daripada 8 peluang break.
- Kemenangan membolehkan Iva Jovic terus mempertahankan gelaran dan memburu kejuaraan WTA Tour kedua dalam kariernya.
- Pemain lawan di akhir ialah Peyton Stearns, yang menewaskan Liudmila Samsonova dan kini memburu gelaran ketiga kariernya.
Pada perlawanan berkenaan, pemain Amerika Syarikat berusia 18 tahun yang juga pilihan kedua kejohanan itu mengatasi Bucsa dengan menyelamatkan 11 daripada 12 peluang break yang dihadapinya, selain memanfaatkan separuh daripada lapan peluang break yang diperoleh.
Kemenangan itu membolehkan Jovic meneruskan usaha mempertahankan gelaran yang dimenanginya tahun lalu, sekali gus memburu kejuaraan WTA Tour kedua dalam kariernya.
Bagaimanapun, pemain kelahiran Los Angeles itu perlu melepasi cabaran Peyton Stearns pada aksi akhir selepas pemain berusia 24 tahun dari Cincinnati itu menewaskan pilihan kelapan dari Rusia, Liudmila Samsonova, 7-6 (7), 6-2 dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Stearns kini memburu gelaran kejohanan ketiga dalam kariernya. – REUTERS