Remaja lelaki maut motosikal rempuh lembu

Foto IPD Kulai

KULAI,19 September – Seorang remaja lelaki maut, selepas motosikal ditunggangnya melanggar seekor lembu di Kilometer 9, Jalan Kulai-Kota Tinggi, Johor, kira-kira pukul 2.15 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa berusia 15 tahun.
  • Pembonceng lelaki berusia 20 tahun mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kulai.
  • Mangsa disahkan meninggal di lokasi akibat kecederaan parah di kepala, menurut Ketua Polis Daerah Kulai.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa, 15 tahun dilaporkan menunggang motosikal bersama pembonceng lelaki berusia 20 tahun dalam perjalanan dari Kulai ke Kota Tinggi sebelum bertembung haiwan berkenaan.

Menurut kenyataan media Ketua Polis Daerah Kulai, ACP Tan Seng Lee, mangsa yang parah di kepala disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala pembonceng motosikal tersebut mengalami kecederaan dan dirawat di Hospital Kulai.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.