
KUANTAN, 19 September – Seramai 293 peserta menyertai Program Pendakian Antirasuah : “Integriti Didaki, Rasuah Dijauhi, Alam Dicintai” di Taman Eko Rimba Bukit Pelindung, Kuantan, hari ini.
- Program anjuran SPRM Pahang bersama MBK dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang menunjukkan kerjasama agensi dalam pencegahan rasuah.
- Aktiviti menggabungkan elemen integriti, riadah dan kecintaan terhadap alam sekitar untuk membudayakan nilai anti-rasuah.
- Penyertaan AMAR dan pembukaan reruai memupuk kesedaran masyarakat serta memperkenalkan aset operasi SPRM seperti kenderaan SPV.
Program anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pahang itu turut melibatkan kerjasama Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dengan bertemakan pemakaian sarung.
SPRM Pahang menerusi kenyataan berkata, program itu menggabungkan elemen integriti, riadah dan kecintaan terhadap alam sekitar.
Program yang menghimpunkan penyertaan daripada jabatan dan agensi kerajaan itu, sekali gus mencerminkan komitmen bersama dalam memperkukuh agenda pencegahan rasuah dan pembudayaan integriti.
Turut menyemarakkan program ialah penyertaan Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) daripada Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) sekitar Kuantan.
Reruai juga dibuka bagi mendekatkan masyarakat dengan perkongsian elemen-elemen antirasuah termasuk memperkenalkan aset kenderaan SPRM, Special Purpose Vehicle (SPV) dalam pelaksanaan tugasan operasi semasa.