Noskova atasi Kostyuk mara ke suku akhir Terbuka AS

Linda Noskova/ Foto AFP

NEW YORK, 7 September – Juara Terbuka Wimbledon, Linda Noskova mengesahkan tempat ke peringkat suku akhir Terbuka AS selepas menewaskan pemain Ukraine, Marta Kostyuk di Stadium Louis Armstrong, pada Ahad.

RINGKASAN BERITA AI
  • Noskova, pilihan kesembilan, menang 7-5, 5-7, 6-4 dan dijangka menentang juara bertahan dua kali Aryna Sabalenka.
  • Noskova berkata dia berasa lega dan mendapati perlawanan lebih sukar dari sudut emosi berbanding fizikal.
  • Perlawanan itu berlangsung selama dua jam 27 minit.
  • Kostyuk bermain dengan kecederaan pergelangan tangan kanan, merancang imbasan MRI dan berkata dia tidak pada tahap 100 peratus.

Pemain Republik Czech yang diletakkan sebagai pilihan kesembilan itu menewaskan Kostyuk 7-5, 5-7, 6-4 sekali gus bakal menentang juara bertahan dua kali, Aryna Sabalenka.

“Saya berasa amat lega. Perlawanan ini sangat sukar terutamanya dari sudut emosi berbanding fizikal,” kata Noskova selepas menamatkan perlawanan yang berlanjutan selama dua jam 27 minit.

Sementara itu, Kostyuk mendedahkan beliau beraksi dalam keadaan kecederaan pergelangan tangan kanan dan merancang untuk membuat ujian imbasan MRI selepas ini.

“Saya tidak berada pada tahap 100 peratus. Bagaimanapun ini satu pengalaman yang menakjubkan dan tiada apa yang perlu dikesalkan,” ujar Kostyuk.- AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.