Piala Dunia FIFA jana lebih AS$18 bilion untuk ekonomi AS – Trump

Donald Trump/ AFP

WASHINGTON, 5 September- Kejohanan Piala Dunia FIFA telah menjana lebih AS$18 bilion untuk ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta menyokong lebih 160,000 pekerjaan, kata Presiden AS, Donald Trump pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Trump mendakwa Piala Dunia FIFA memberi impak ekonomi besar kepada Amerika Syarikat.
  • Kenyataan itu dimuat naik Trump di platform Truth Social, lapor agensi Sputnik dan RIA Novosti.
  • AS, Mexico dan Kanada bergabung sebagai tuan rumah kejohanan bola sepak dunia itu.
  • Laporan disiarkan oleh BERNAMA bersama rujukan kepada agensi antarabangsa.

“Piala Dunia FIFA sahaja telah menjana lebih 18 BILION DOLAR bagi Ekonomi kita dan menyokong lebih 160,000 PEKERJAAN!” tulis Trump menerusi hantaran di platform Truth Social, laporkan Sputnik/RIA Novosti.

AS, Mexico dan Kanada menjadi tuan rumah kejohanan bola sepak dunia berkenaan dari 11 Jun hingga 19 Julai lepas. -BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.