RCI Tabung Haji: Bekas menteri ditahan SPRM isu pajak hotel di Arab Saudi

Foto Fail BERNAMA

PUTRAJAYA, 1 September – Seorang bekas menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan melibatkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

RINGKASAN BERITA AI
  • Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan penahanan berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.
  • Suspek lelaki lingkungan 60-an ditahan kira-kira 4.30 petang ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
  • Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya esok pagi bagi permohonan reman.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman mengesahkan, penahanan itu berkaitan isu pajakan hotel di Arab Saudi.

“Suspek lelaki berusia lingkungan 60-an ditahan kira-kira 4.30 petang tadi ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pagi esok bagi permohonan reman.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.