Individu terbabit provokasi Hari Kebangsaan 2026 diminta hadir ke IPD Putrajaya

Polis terima empat laporan berkaitan provokasi ketika Sambutan Hari Kebangsaan 2026

KUALA LUMPUR, 1 September – Empat laporan polis berkaitan kejadian provokasi ketika Majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya diterima pihak berkuasa, setakat ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Individu disyaki diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya untuk membantu siasatan.
  • Ketua Polis Daerah mengesahkan video berdurasi 2 minit 18 saat dimuat naik pada akaun Facebook Anwar Captain Goose.
  • Video memaparkan individu berbaju oren atau coklat dipercayai membuat provokasi, merempuh dan menolak orang awam sehingga tolak-menolak.
  • Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Sehubungan itu, individu yang dipercayai terbabit dalam insiden berkenaan diminta hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Aidi Sham Mohamed menerusi kenyataan mengesahkan pihaknya mengesan video berdurasi dua minit 18 saat yang memaparkan kejadian pada pukul 5 pagi, 31 Ogos dimuat naik di Facebook oleh pemilik akaun bernama Anwar Captain Goose.

“Video berkenaan memaparkan seorang individu berbaju oren atau coklat dipercayai membuat provokasi, selain merempuh dan menolak orang awam yang sedang menunggu pembukaan pagar tempat duduk sehingga berlaku tolak-menolak dan beberapa individu terjatuh.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” katanya menerusi kenyataan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.