IPU sederhana, cuaca baik iringi Sambutan Hari Kebangsaan 2026

Foto RTM

PUTRAJAYA, 31 Ogos – Keadaan cuaca yang baik serta kualiti udara pada tahap sederhana mengiringi Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, pagi ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Bacaan IPU Putrajaya dicatat 79 pada jam 7 pagi menurut portal APIMS.
  • Kualiti udara dikatakan terkawal dan tidak menjejaskan kelancaran sambutan ulang tahun kemerdekaan ke-69.
  • Jarak penglihatan memuaskan, membolehkan perbarisan perarakan dan pertunjukan udara berlangsung seperti dijadualkan.
  • Orang ramai mula membanjiri Dataran Putrajaya sejak awal; pengunjung berisiko dinasihatkan memakai pelitup muka jika tidak selesa.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Putrajaya direkodkan pada 79 setakat pukul 7 pagi, iaitu pada tahap sederhana.

Bagaimanapun, keadaan kualiti udara masih terkawal dan tidak menjejaskan kelancaran sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-69 yang berlangsung meriah.

Tinjauan di sekitar Dataran Putrajaya mendapati jarak penglihatan berada pada tahap baik, sekali gus membolehkan acara perbarisan, perarakan dan pertunjukan udara berlangsung seperti dijadualkan.

Orang ramai mula membanjiri kawasan sekitar Dataran Putrajaya sejak awal pagi bagi menyaksikan sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”.

Dalam pada itu, pengunjung terutama golongan berisiko dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga serta memakai pelitup muka sekiranya mengalami ketidakselesaan susulan keadaan kualiti udara pada tahap sederhana.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.