
JAKARTA, 20 Ogos – SEFAS Group berpangkalan di Indonesia bersedia mengambil alih 100 peratus perniagaan stesen minyak Shell di negara itu, urus niaga tersebut dijangka selesai pada tahun ini, tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa dan syarat standard yang lain.
- SEFAS merupakan pengedar pelincir Shell terbesar di Indonesia dan melihat pengambilalihan sebagai langkah seterusnya dalam perniagaannya.
- Pemilikan tempatan disifatkan menyediakan asas kukuh bagi fasa pembangunan perniagaan seterusnya.
- Hasrat untuk membina perniagaan runcit tenaga yang dipercayai dan mampan menyokong pertumbuhan ekonomi serta keperluan tenaga negara.
- Pelanggan akan terus melihat jenama Shell melalui perjanjian pelesenan, dengan kesinambungan perkhidmatan untuk pelanggan, pekerja dan rakan kongsi.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ricky Roesli berkata syarikat itu merupakan pengedar pelincir terbesar Shell di Indonesia dan menyifatkan pengambilalihan tersebut sebagai langkah seterusnya dalam perniagaannya, selain daripada menyokong pertumbuhan masa depan sektor runcit tenaga Indonesia.
Ricky berkata pemilikan tempatan akan menyediakan asas yang kukuh bagi fasa pembangunan perniagaan seterusnya.
“Hasrat kami adalah untuk membina salah satu perniagaan runcit tenaga paling dipercayai dan mampan di Indonesia, menyokong pertumbuhan ekonomi negara serta keperluan tenaganya yang sentiasa berkembang,” katanya dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Pengarah Presiden Shell Indonesia, Andri Pratiwa berkata SEFAS merupakan rakan kongsi jangka panjang Shell di Indonesia yang mempunyai pemahaman mendalam mengenai pasaran tempatan dan keperluan pelanggan.
“SEFAS adalah rakan kongsi jangka panjang Shell di Indonesia dan mempunyai pemahaman yang mendalam mengenai pasaran tempatan, keperluan pelanggan, serta rangkaian yang mantap untuk menyokong fasa pertumbuhan perniagaan seterusnya, kata Ricky.
SEFAS memaklumkan bahawa ia akan meneruskan proses untuk mengambil alih pemilikan penuh perniagaan tersebut, dengan keutamaan utamanya adalah untuk memastikan peralihan lancar dan mengekalkan operasi yang selamat dan boleh dipercayai.
Pelanggan akan terus melihat jenama Shell di Indonesia di bawah perjanjian pelesenan jenama, dengan kesinambungan perkhidmatan untuk pelanggan, pekerja, dan rakan kongsi , menurut syarikat itu. – BERNAMA