Tiga cedera, bangunan rosak akibat gempa bumi di Granada

Keadaan di Granada, Sepanyol selepas dilanda gemba bumi bermagnitud 4.7 pada Selasa/ REUTERS

GRANADA, 18 Ogos – Sekurang-kurangnya tiga individu cedera ringan termasuk seorang kanak-kanak yang dibawa ke hospital selepas gempa bumi bermagnitud 4.7 melanda Granada, Sepanyol pada Selasa.

RINGKASAN BERITA AI
  • Beberapa kediaman mengalami kerosakan; dinding retak besar, fasad tercabut dan serpihan batu bata bertaburan di laluan pejalan kaki.
  • Akses pelancong ke beberapa bahagian kompleks bersejarah di atas bukit menghadap bandar dihadkan.
  • Alhambra ialah kompleks istana dan kubu bersejarah penting seni bina Islam di Sepanyol, menerima kira-kira 2.7 juta pelawat tahun lalu.
  • Polis melakukan rondaan di pusat beli belah dan rumah penduduk susulan tiga kejadian gempa; IGN laporkan setiap kejadian melebihi magnitud 4.

Menurut Pegawai wilayah Andalusia, Antonio Sanz,beberapa bangunan, kebanyakannya kediaman, mengalami kerosakan akibat gegaran, termasuk dinding yang retak besar, sebahagian struktur fasad tercabut serta serpihan batu bata bertaburan di laluan pejalan kaki.

“Akses pelancong ke beberapa bahagian kompleks bersejarah yang terletak di atas bukit menghadap bandar itu dihadkan,” katanya.

Alhambra merupakan kompleks istana dan kubu bersejarah yang menjadi antara mercu tanda seni bina Islam paling penting di Sepanyol.

Gegaran pada Selasa berlaku selepas gempa bermagnitud 5 melanda bandar bersejarah Granada pada Sabtu lalu, yang merosakkan rumah dan kenderaan serta memaksa penutupan sementara Alhambra.

Tapak pelancongan utama Sepanyol itu menerima kunjungan kira-kira 2.7 juta pelawat tahun lalu.

Polis Sepanyol turut melakukan rondaan di premis perniagaan dalam sebuah pusat beli-belah dan rumah penduduk di selatan Granada susulan tiga kejadian gempa bumi yang melanda pada Selasa.

Institut Geografi Kebangsaan (IGN) Sepanyol memaklumkan, ketiga-tiga gempa bumi itu masing-masing mencatat magnitud melebihi 4.- REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.